Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan.Di sini ada sedikit info mengenainya.
Secara mudahnya,kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.
Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)
Kata daripada digunakan untuk orang,perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Kata di digunakan untuk tempat sahaja.
Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
5.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Contoh penggunaan kata sendi nama dari:
1. Cikgu Ahmad Rafie berasal dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)
2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)
3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)
Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.
Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada":
1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)
2. Muhammad menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Erma. - (orang)
3. Walaupun badannya kecil, Abdul mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Aminah. - (perbandingan)
Selasa, 20 Mac 2012
Ahad, 18 Mac 2012
Jumaat, 16 Mac 2012
8: CONVERT FILE DOC KE PDF
8: CONVERT FILE DOC KE PDF: Gak afdol rasanya kalau kemaren kita sudah membahas cara mengubah file PDF ke DOC. Rasanya tu seakan-akan seperti makan garam tanpa say...
Rabu, 14 Mac 2012
Langgan:
Catatan (Atom)